Tuesday 22 November 2011

SALAH SIAPA?

Allah telah memberi kita kuasa untuk memilih mana yang baik dan mana yang buruk....

Berusahalah untuk mendapat yang terbaik daripada Allah,
dengan melakukan apa yang disuruh,
meninggalkan apa yang dilarang...

Jangan salahkan orang lain,
APA PERANAN KITA SEBAGAI PENDIDIK!!!

Saturday 24 September 2011

APA YANG ALLAH SURUH???

Yang pertama...

Wahyu yang pertama...
BACALAH, BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU YANG MENCIPTAKAN..
YANG MENCIPTAKAN MANUSIA DARIPADA SEGUMPAL DARAH...

Baca dan belajar ILMU semata-mata kerana ALLAH..
Bukan untuk mendapat habuan DUNIA semata-mata...

Akan tetapi, kebanyakan KITA pada hari ini BELAJAR untuk lulus periksa sahaja...
Habis exam, ILMU pun hilang...

MURID disekolah diajar hanya untuk cemerlang di DUNIA,
bila disuruh belajar lepas sahaja exam, MACAM-MACAM ALASAN DIBERI...

SIAPA YANG SALAH?? GURU, IBU BAPA, MASYARAKAT???
FIKIR-FIKIRKANLAH....

Wednesday 21 September 2011

PERHAMBAAN SEORANG BAPA

Inilah kehidupan...
Walaupun kita seorang yang tegas dan garang di mata masyarakat,
bila berhadapan dengan anak sendiri,
kita akan merasakan diri kita ini seperti hamba yang boleh diperlakukan apa sahaja,
anak menunggang dibelakang kita,
didukungnya anak itu dengan penuh kasih sayang,
dibawa kemana sahaja...
Begitulah juga kita dengan PENCIPTA kita...
APA YANG DISURUH WAJIB DIBUAT.....